Tuesday, May 25, 2010

sesi sedar diri

sepetang bersama cik sya memang amat memenatkn...
biase la bila masing2 mula SEDAR DIRI...
banyak keji-kejian skrg ni.. xtahan telinga nk dengar..
xtau la tu sbnrnye kejian @ pujian, tp aku suke anggap tu kejian je.
sbb aku rimas dgr kate2 tu... aku tau kata2 tu sume jujur & ikhlas belaka..
jadi SEDAR DIRI utk 1ari hehhee.. di hari yg lain harap2 kite SEDAR DIRI lg eh cik sya..




baru kene 2round yg kecik tu da mcm nk pengsan.. hahhaha gelak kuat!!!!



saat2 kepenatan



petang ahad yg P.E.N.A.T tp S.E.H.AT


Tuesday, May 18, 2010

tag dari cik oked

1. kekasih saya adalah : En.Waffa
2.saya sedang mendengar : Yang terindah-Dakmie
3. saya patut : sedang tido (kat ofic td siap nk terlelap)
4. saya suka : dia (jwpn soklan no.1)
5. sahabat-sahabat baik saya : sedang buat hal masing2.. bz la tu..
6. saya tak faham : knp sy layan benda nihhh..cik oked la nihh
7. saya kehilangan : masa berdating
8. ramai yang berkata : saye gemuks!!! ***huhhh perlu diet***
9. makna nama saya : xde maksud yg tepat dgn nama.. tp yg lebih kurang la eh.. "petunjuk"
10. cinta itu adalah : kasih sayang & kejujuran
11. di sesuatu tempat , seseorang sedang : leka menyanyi2..syok sendiri la tu hehehe
12. saya akan cuba : mengecil sedikit
13. ayat SELAMANYA membawa maksud : kekal
14. saya paling meluat apabila : org menggediks.. huhhhh g men jauh2..
15. pesta/parti adalah : mase utk makan... **adehhhh cmne la x gemuk...
16. haiwan yang paling comel yang pernah anda temui ialah :
panda sedang tido ==========================>>>>>
17. peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 16~17 (zaman2 teknik)
18. hari ini : hujan...sedap tdo..cepat siapkn tag ni kemudian blh tdo
19. malam ini saya akan : buat hal sendiri & tdo
20. esok pula saya akan : g keje la pe lagi..
21. saya betul-betul inginkan : kedamaian & bertenang2..
22. ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini : tgk lebih kurang je..da lmbt nk g keje!!!
23. pusat membeli-belah atau arked permainan : haaaaa best tuhh
24. Makanan barat atau Jepun : dua-dua pn blh telan..
25. bilik yang terang atau gelap : terang blh,gelap pn blh.. flexible..
26. bestfrend ever : yg terasa tu tau la....
27. saya nak tag :
---> mira
---> maf
---> yat
---> cik ina
---> cik ika

Friday, May 14, 2010

Maaf jika aku tidak sempurna


haaaa... camni >>>> Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya(mcm dlm gmbr tu) Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. (huhhh kes riak la nihhh) Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya (sabo ehhh byk hikmahnye tu..)
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”. Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”. “Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, (haaaa kn betul...xkn sbb xsempurna org nk mrh kite lakk) oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. “Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”. “Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.” (walau kau xsempurna,tp kau terlalu istimewa)
Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri.. Tetapi, kerana ketidak sempurnaan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan hidup kita sangat menarik dan bermanfaat untuk diri kita ataupun untuk org lain... Terimalah setiap manusia seadanya dan lihatlah kebaikan yg ada di dalam diri mereka. Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda..

Tuesday, May 11, 2010

K.E.T.E.N.A.N.G.A.N

Malam yg mendamaikan...
mengapakah??? heeee berjiwa2 sket okay...
layan lagu ost i'm not single, damai~~
haaaaa jgn nk nyanyi je... mari bace doa ni same2..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…

Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hambaMu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Friday, May 7, 2010

Al-kisah si jari (part 2)

haaaaaaa inilah dia dsebalik balutan...

tidak comel lg kn~~~

pasrah je la...


........kasihan........

Wednesday, May 5, 2010

Al-kisah si jari

heeeeeeeeee cute bukan "peace" dari jari yg berbalut ini...
aku telah berjaya mensepit jari sendiri di pintu kereta!!!
& oleh itu, mc 1hari & jari tidak cun lagi~~~
sekian, terima kasih...