
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku,
kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”. Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”. “Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, (haaaa kn betul...xkn sbb xsempurna org nk mrh kite lakk) oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. “Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”. “Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.” (walau kau xsempurna,tp kau terlalu istimewa)

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri.. Tetapi, kerana ketidak sempurnaan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan hidup kita sangat menarik dan bermanfaat untuk diri kita ataupun untuk org lain... Terimalah setiap manusia seadanya dan lihatlah kebaikan yg ada di dalam diri mereka. Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda..